Search This Blog

Wednesday, January 25, 2012

Intipati SBPA

Sempena pelancaran pekeliling saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertempat di Putrajaya pada 7 Disember 2011, terdapat sebanyak 19  intipati pelaksanaan SBPA. Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
 
1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

 Baca seterusnya....